Wednesday, October 28, 2009

Happy besday En shamir

thankh shahrul ..awk memg ketua yg bgs..x sangka jd jgk err majls kita rancang2..walaupn x ramai yg join,tp best gilaa huhuhuu...majlis tetap gempak walaupn tanpa kehadrn mereka

SW dihati........


Masa besday en shamir...



Wednesday, October 14, 2009



huhuuu....apa khabaq semua,kembali lagi..hari ini saya masukkan apa yang saya dan rakan-rakan kumpulan saya prezen baru-baru ini,best gila masa prezen itu panas betul soal jawabnya...isunya tentang kerja sosial di sekolah dan masalah dalam pendidikan,biasalaa isu ini hangat sikit dengan masalah-masalah pelajar sekarang..


KERJA SOSIAL DI SEKOLAH
Kerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah dalam perhubungan antara individu atau manusia dan seterusnya memperkasakan serta membebaskan manusia ke arah kesejahteraan hidup. Di Malaysia amalan kerja sosial umumnya lebih dikaitkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM juga merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3,000 orang pekerja ketika ini. Hanya satu pertiga daripada tenaga kerja tersebut terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kes sosial. Sebahagian lainnya adalah pekerja sokongan dan bukan bertaraf taknikal dan professional.

KERJA SOSIAL DI SEKOLAH DARI ASPEK SEJARAH

Bermula dengan usaha organisasi sukarela iaitu pada tahun 1906 di New York.
 Dua buah rumah :
# penempatan("settlement house"),
# Hartley house dan Greenwich house
 Mary Marot, seorang guru dan penghuni rumah tersebut, membentuk komiti guru pelawat di peringkat rumah penempatan.
 Dalam masa yang sama persatuan pendidikan wanita memperkenalkan konsep 'home and school visitor' untuk memperbaiki komunikasi antara sekolah dan rumah.
 Di Connecticut pengarah Klinik Psikologi Hartford telah melantik 'special teacher' untuk membantu dalam lawatan ke rumah dan bertindak sebagai penghubung antara klinik dan sekolah
 Skidmore (1994), mengulas bahawa kerja sosial di sekolah bermula sejak 1906 bila Boston, Hartford dan New York States memasukkan proses pertolongan kerja sosial sekolah dalam sistem pentadbiran daerah mereka.
 Sehingga hari ini, banyak sekolah mempunyai pekerja sosialnya sendiri yang bersedia berkhidmat menangani permasalahan yang timbul di kalangan pelajarnya.


Objektif Pekerja Sosial Sekolah


Objektif Kerja Sosial
 Objektif kerja sosial yang telah digariskan oleh Persatuan Pekerja Sosial Amerika menjelaskan bahawa tujuan kerja sosial ialah untuk memperbaiki atau mengembalikan kefungsian sosial individu dan masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan sosial serta kualiti hidup. Klien kepada pekerja sosial boleh terdiri dari individu, keluarga, komuniti dan juga organisasi (Johnson, 1992).

Intervensi Kerja Sosial

 1) Meningkatkan atau memperkembangkan kemampuan penyelesaian masalah dan kemampuan individu menangani atau menghadapi masalah,
 2) Menghubungkan orang ramai dengan sistem yang menyediakan sumber perkhidmatan dan peluang-peluang sosial
 2) Meningkatkan keberkesanan operasi sesuatu sistem dalam memberi perkhidmatan,
 4) Membentuk atau memperbaiki polisi sosial.



OBJEKTIF

1. Meningkatkan penyelesaian masalah boleh dikaitkan dengan praktis di peringkat individu di mana pekerja sosial bekerja dengan pelajar, ibubapa dan guru untuk menyelesaikan satu-satu masalah sosial yang wujud.
2. Menghubungkan dengan sumber boleh dicapai dengan pekerja sosial menghubungkan masalah yang dihadapi dengan sumber-sumber penyelesaian masalah yang wujud dalam sistem sekolah dan juga di luar sistem.
3. Meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem di mana ianya boleh dicapai dengan bekerja di dalam sistem yang sedia ada di sekolah seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Pentadbiran sekolah serta Persatuan Ibubapa dan Guru.
4. 4. Membangun dan memperbaiki polisi sosial boleh dilakukan oleh pekerja sosial di sekolah selepas melakukan penyelidikan secara langsung atau tidak langsung sepanjang penglibatan di sekolah.

Fungsi Pekerja Sosial Dalam 3 Bahagian

 Perundingan (consultancy)
 Pengurusan Sumber (Resource Management)
 Pendidikan (education


Contoh Dalam Bahagian Perundingan
 Enabler
= meningkatkan keupayaan individu atau kumpulan pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui kerja kes atau intervensi kerja sosial.
 Planner
= iaitu dengan mengkoordinasi pembangunan program dan polisi sosial yang berkaitan dengan pembangunan sekolah dan pelajar melalui penyelidikan dan perancangan.
 Facilitator
iaitu dengan menjadi penunjuk cara kepada sesebuah organisasi seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru untuk bergerak dengan lebih berkesan serta berkembang dengan lebih cepat dan positif.


Contoh Dalam Bahagian Pengurusan Sumber

 Broker atau Advocater
iaitu menjadi perantara antara pelajar atau ibu bapa dengan sumber yang berkaitan di dalam atau di luar sistem sekolah.
 Convener atau Mediator
iaitu dengan menghubungkan kumpulan atau organisasi dalam sekolah dengan jaringan pembangunan sumber di luar sistem sekolah


Contoh Dalam Bahagian Pendidikan
 Trainer
= dengan penuju cara atau mengajar melalui pembangunan kakitangan.
 0utreach worker
= dengan menyampaikan maklumat kepada masyarakat atau ibubapa mengenai sesuatu isu sosial.


Masalah Dalam Pendidikan

1. Masalah menyediakan peluang pendidikan kepada orang miskin dan kumpulan minoriti.
2. Banyak kekeliruan berlaku disebabkan matlamat sebenar pendidikan.
3. Masalah persekitaran tempat yang kurang memuaskan di sesetengah sekolah.

Masalah menyediakan peluang pendidikan kepada orang miskin dan kumpulan minoriti.
 Peruntukan kewangan adalah sedikit kepada sekolah di daerah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta sekolah di daerah yang mempunyai golongan minoriti yang ramai. Dalam masyarakat kita, pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan status sosioekonomi seseorang.

Banyak kekeliruan berlaku disebabkan matlamat sebenar pendidikan.
 Terdapat satu macam persetujuan di mana sekolah sepatutnya mengajar kemahiran asas dalam membaca, menulis dan aritmetik. Walau bagaimanapun, terdapat kontroversi dalam kalangan kumpulan yang mempunyai kepentingan yang berbeza berkenaan pendidikan yang sepatutnya diusahakan dan dicapai.

Masalah persekitaran tempat kerja yang kurang memuaskan di sesetengah sekolah
 Ia merangkumi bayaran gaji yang rendah dan martabat rendah, penyalahgunaan dadah dan alkohol dalam kalangan pelajar, ancaman fizikal dan ugutan daripada sesetengah pelajar, bekalan pengajaran yang kurang, dan perbandingan bilangan di antara pelajar dan guru yang amat ketara.

Rumusan

Pekerja sosial di sekolah adalah membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah sosial yang boleh mengganggu proses pembelajaran.
 Satu kerjasama jitu antara institusi yang memainkan peranan dalam menangani masalah sosial pelajar perlu diwujudkan.
 Secara keseluruhannya, jelas kepada kita bahawa penempatan pekerja sosial di sekolah sepenuh masa amat diperlukan untuk menolong menyelesaikan masalah yang wujud.

Kebajikan sosial sentiasa dikaitkan dengan pertolongan utama yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat amnya dan individu khususnya bagi meneruskan kehidupan dengan baik ekoran perubahan perekitaran ekonomi dan sosial serta memastikan kestabilan dan pembangunan institusi.
Kebajikan sosial merupakan komponen dasar sosial yang paling penting. Kebajikan sosial juga merupakan konsep paling asas dalam Dasar Sosial. Spicker (1995) misalnya mengatakan dasar sosial adalah berkaitan dengan kebajikan sosial dan perkhidmatan sosial. Sebagai sebuah institusi sosial yang proaktif, kebajikan sosial seharusnya sentiasa memantau keadaan-keadaan sosial yang berisiko untuk menjadi masalah sosial. Ini boleh dilakukan dengan cara mengunjur, mencelah dan meencegah indikator-indikator sosial berisiko yang boleh meletakkan masyarakat dalam keadaan yang merbahaya. Prosedur analisis masalah sosial yaang berterusan dapat membantu masyarakat mengambil langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan pencelahan keadaan kepada masalah sosial. Prosedur ini juga mampu menghapuskan persepsi negatif masyarakat terhadap fungsi atau hanya setelah sesuatu masalah sosial melanda; bukannya melindungi masyarakat sebelum sesuatu masalah sosial melanda.
Pada hari ini Institusi kebajikan sosial mempunyai fungsi dan peranan yang amat besar dalam memajukan kehidupan masyarakat. Kerajaan di kebanyakan negara menyediakan pelbagai peluang sosial bagi mengupaya dan komuniti setempat. Idea memajukan atau meningkatkan taraf kesejahteraan hidup masyarakat menerusi usaha-usaha pembangunan komuniti yang bersifat kolektif ini bukanlah idea baru. Terdapat banyak institusi yang menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan contohnya seperti Institusi Pemulihan Akhlak dan Penjara iaitu untuk kategori masalah tingkah laku jenayah, Sekolah Akhlak untuk Delinkuensi, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Kemiskinan dan sebagainya. Berbanding dahulu tidak banyak institusi menyediakan bantuan.
Aspek dalam kebajikan sosial haruslah memfokuskan kepada individu-individu yang berkenaan contohnya seperti individu Kanak-kanak antara golongan individu yang harus dititik beratkan. Pada hari ini Kanak-kanak perlu dilindungi daripada semua bahaya termasuklah jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan dan eksploitasi. Di samping itu, penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi serta pemimpin pada masa hadapan.

Friday, September 11, 2009

Kenapa Manusia Bermasalah

Setiap orang mempunyai masalah masing-masing; namun bergantung pada individu dalam mencari proses menyelesaikannya. Terdapat pelbagai faktor yang mengundang kepada manusia bermasalah. Namun, pada kali ini kupasan hanya akan dibuat berdasarkan faktor struktur peluang yang dilihat dalam pelbagai aspek.
Faktor pertama yang menyebabkan manusia bermasalah disebabkan tiada struktur peluang melalui pendidikan. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Faktor kedua ialah kehadiran pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja.Malah ia turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan ramai rakyat Malaysia menganggur. Hal ini disebabkan kebanyakan peluang dimiliki oleh pekerja asing. Kelembapan ekonomi juga menyebabkan struktur peluang pekerjaan adalah sangat terhad. Oleh itu menyebabkan manusia tidak mahu berubah kerana mereka rasa peluang pekerjaan tidak ada pada mereka. Manusia bermasalah juga disebabkan terlalu memilih pekerjaan, mereka sangkakan contohnya mereka berkelulusan undang-undang hanya layak untuk berkerja sebagai peguam sahaja, bukan pekerjaan yang lain. Manusia terlalu memlih pekerjaan yang lebih standart, menyebabkan mereka terlalu sukar untuk membaiki diri mereka.
ICT kini tidak lagi boleh disangkal kewujudannya. ICT berpeluang untuk menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan. Jadi tidak hairan jika kita sering kali terdengar atau terbaca kes-kes yang berkaitan manipulasi seseorang pihak terhadap pihak yang lain. Sebagai contoh, penyalahgunaan teknologi di mana seseorang yang bertanggungjawab membaiki telefon bimbit atau komputer riba pelanggannya di dapati bersalah kerana terlibat dalam menggodam di mana berlaku pencerobohan maklumat sulit. Selain itu, internet juga menyediakan seksyen yang menarik iaitu borak melalui internet, IRC (Internet Relay Chat), yang membolehkan beribu-ribu pengguna internet sedunia berborak, berbincang, dan bertukar idea pada masa yang sama. Ini menyebabkan masalah pelayaran laman web yang berunsur pornografi semakin serius di kalangan remeja. Gambar-gambar pornografi di internet senang dicari dan tanpa pengetahuan orang lain. Dengan hanya klik tetikus sahaja mereka boleh mendapat sumber pornografi yang banyak. Hal ini menyebabkan mereka semakin ketagihan terhadap pencarian gambar pornografi di internet seterusnya berlakunya gejala-gelaja sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, lari dari rumah dan kes-kes jenayah.
Malaysia ialah sebuah negara membangun yang mementingkan kebajikan rakyat. Walaubagaimanapun, masih timbul isu di mana pihak yang bermasalah dan layak untuk menerima bantuan kebanyakan daripadanya segan atau sengaja tidak mahu menerima bantuan yang dihulurkan kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang yang bermasalah. Golongan tersebut menganggap kehidupan mereka sekarang adalah dalam keadaan baik dan sejahtera walaupun hakikatnya masyarakat melihat sebaliknya. Oleh sebab itu, peluang untuk mendapat sesuatu bantuan yang dihulurkan gagal disebabkan mentaliti sesetengah individu.
Seterusnya, pergolakan politik yang melanda di sesebuah negara menyebabkan rakyat negara tersebut akan menjadi mangsa permainan politik antara pihak yang bertelingkah. Contoh yang paling nyata, rakyat negara Thailand bergaduh sesama sendiri kerana berlainan parti politik sehingga sanggup membunuh,mencederakan dan mogok beramai-ramai menyebabkan negara mengalami kerugian dan peratus kemiskinan menjadi semakin tinggi dan rakyat menderita akibat pergolakan politik ini.
Selain itu, Sesebuah negara yang mengamalkan driskriminasi terhadap kaum minoriti menyebabkan kaum itu dipinggirkan dan tidak diberi peluang untuk memajukan diri seperti dasar apartheid yang membezakan kaum kulit putih dan kaum kulit hitam dimana kaum kulit hitam terpinggir daripada menerima pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan menyebabkan mereka ditindas dan menjadi mangsa kemiskinan di negara sendiri.
Manusia bermasalah dari struktur peluang adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri. Peluang memang luas dan terbuka tetapi faktor demanding individu itu menjadikan peluang itu tertutup. Ada juga sesetengah manusia yang tidak boleh menerima perubahan, mereka berada di takuk yang lama dan tidak mahu mengikuti arus pembangunan. Mereka tidak mahu berubah, terlalu rigid dan taksub dengan budaya kaum masing-masing sehingga mengabaikan keperluan hidup yang kini semakin global. Mereka akan ketinggalan dan mundur, sikap manusia yang tidak memikirkan masa dengan anak-anak mereka. Jika mereka miskin, adakah anak-anak mereka juga perlu menyambung kitaran itu dan terus menderita dalam kemiskinan hidup? Contohnya golongan orang asli, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan hidup yang selesa, lebih moden serta lengkap dengan pelbagai keperluan. Walaupun bukan semua golongan ini tidak boleh beradaptasi dengan pembangunan tetapi segelintir daripada golongan ini menolak mentah-mentah dan tidak mahu menerima perubahan sedangkan ia tidak mendatangkan kerugian kepada mereka. Manusia yang berminda kuno ini harus diberikan kesedaran, jika mereka miskin dan ketinggalan ia akan memberi kesan buruk kepada masa depan diri serta keluarga mereka bahkan Negara juga mendapat masalah kelak.
Sudah semestinya tekanan hidup merupakan satu masalah dalam kehidupan manusia tetapi dari pandangan struktur peluang, bagaimana ia boleh dikatakan mendatangkan masalah? Tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan sempurna boleh menyebabkan tekanan hidup. Orang kata biar miskin wang tetapi kaya dengan pengetahuan. Dalam kehidupan kita memang memerlukan wang, ia merupakan keperluan asas hidup. Kadangkala peluang yang melimpah ruah akan menjadikan manusia itu alpha dan lupa diri. Kini, di zaman moden banyak skim pinjaman, penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ianya nampak mudah, mewah dan semua orang boleh memilikinya. Tetapi apabila terlalu asyik berbelanja, perbelanjaan yang tidak terkawal serta boros maka, ia akan menimbulkan masalah kepada individu itu. Hutang sekeliling pinggang, bukankah ia adalah beban yang boleh mendatangkan tekanan hidup. Apabila peluang terlalu luas, manusia akan lupa diri dan bila mana peluang itu tiada manusia akan merungut. Semua itu adalah di atas kebijaksanaan kita membuat keputusan, berfikir dengan waras dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Semuanya berdasarkan pengalamana dan pengetahuan yang kita miliki.

Monday, August 31, 2009

Video Mat Rempit

;;