Monday, August 31, 2009

Video Mat Rempit

Statistik Mat Rempit @ Lumba Haram











Sunday, August 30, 2009

Aksi-aksi Mat rempit
















ContoH-ContoH GamBar Mat Rempit







Add Video

Mat RemPiT @ LumBa HaRam

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun akibat merempit.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit

Mat Rempit bukanlah satu fenomena baru, malah ia amat dikenali dikalangan masyarakat umum di Malaysia. Terma ‘Mat Rempit’ di Malaysia bermaksud individu yang menyertai perlumbaan haram menggunakan motosikal berkuasa kecil (Rozmi Ismail, 2004/2005). Mereka juga di cap sebagai samseng jalanraya kerana sering menimbulkan kekecohan di jalanraya dan dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti merompak, merogol, menyerang serta membunuh orang yang melawan mereka. Media arus perdana acapkali melaporkan pandangan dan bantahan awam akibat dari kekacauan yang ditimbulkan oleh Mat Rempit seperti gangguan ketenteraman awam seperti bunyi bising pada waktu tengah malam, masalah dadah dan arak, mencuri untuk tujuan membeli dadah, pertaruhan, berkongsi perempuan dan seks rambang beramai-ramai. Aktiviti mereka bukan sahaja melanggar batas-batas norma dan nilai sosial masyarakat dan mereka telah membawa satu perubahan cara hidup yang menjurus kepada satu petumbuhan sub-budaya baru.

Perkataan rempit sebenarnya diambil dari bahasa inggeris ‘ramp-it’ yang menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar) yang akhirnya menjadi nama jolokan rempit bagi kumpulan terlibat (Rozmi Ismail, 2004). Akhir-akhir ini isu Mat Rempit menjadi semakin hangat dan merungsingkan semua pihak sehingga timbul perdebatan dari segi nama yang sesuai harus diberi kepada mereka misalnya ianya patut diberi nama dajal rempit kerana nama Mat Rempit nampak bersopan dan tidak sesuai dengan kelakuan mereka yang amat bertentangan dengan nilai sosial dan budaya masyarakat Malaysia. Namun apa yang jelas mereka adalah pelumba haram atau pelumba jalanan yang sentiasa wujud pada waktu malam di kawasan-kawasan tertentu dan menganggu masyarakat sekeliling.
http://www.youth.org.my/ippbm/penyelidikan/Rozmi.Norhayati.pdf
Antara faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya virus “Mat Rempit” ini ialah :
Perasaan ingin mencuba
Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.
Terpengaruh dengan rakan
Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.

Gaya hidup dan taraf pendidikan
Gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala “Mat Rempit” ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala “Mat Rempit” ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.
Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.
Dengan demikian, virus “Mat Rempit” harus dibendung dengan segera sebelum ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus memikirkan apakah cara yang paling terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di negara ini. Kalau dahulu mereka hanya merempit, tetapi sekarang golongan ini semakin berani melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman yang bakal diterima.

Maka di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus “Mat Rempit” ini daripada terus menular dalam masyarakat. Antaranya ialah :
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka mersai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka.
Penguatkuasakan undang-undang dengan lebih efektif
Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung virus ini. Di sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.
Dekati mereka dengan berhemah dan hikmah
Dekatilah “Mat-mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan cara ini mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan memperlakukan diri mereka seperti budak kecil.
Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.
http://ibnismail.wordpress.com/



Istilah aksi Mat Rempit

Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
Pereng/corner -bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.

FAKTAMengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei lalu 3,182 penunggang ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Statistik Ops Sikap IX tahun lalu menunjukkan sebanyak 62 peratus atau 144 daripada 233 kematian membabitkan penunggang motosikal.
Lima puluh enam peratus atau 3,487 daripada 6,223 kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 2004 juga membabitkan penunggang motosikal.
FAKTAKesalahan: Memandu secara melulu dan merbahaya
Peruntukan undang-undang: Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 dan lesen memandu digantung tidak kurang daripada dua tahun, jika sabit kesalahan.
http://www.malayonline.net/v2/viewtopic.php?t=2654

Ciri-ciri Mat Rempit

Bagaimana kita dapat mengenali Mat Rempit? Adakah dengan membawa motosikal yang laju dan berkonvoi dianggap sebagai Mat Rempit? Ciri-ciri Mat Rempit secara umum ialah seperti berikut:
1.Dua personaliti iaitu ketika di rumah mereka menunjukkan perwatakan yang baik, sopan dan tidak menunjukkan sifat agresif yang ketara, sebaliknya di luar rumah berperangai seperti seorang raja khususnya di atas jalan raya dengan motosikal.
2.Dikenali sebagai samseng jalan raya kerana berlumba motosikal tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
3.Dikaitkan dengan jenayah ragut yang memberi kecederaan dan ada kala membawa kepada kematian mangsa.
4.Tidak patriotik iaitu tahap jati diri dan bangga terhadap negara yang amat rendah.
5.Kebanyakan dari keluarga bermasalah (90%).
6.Tinggal di rumah yang sempit.
7.Kerap dan suka tumpang tidur di rumah kawan.
8.Majoriti adalah kaum Melayu diikuti India.
9.Satu pertiga adalah anak pendatang asing ada kad pengenalan merah.
10.Gemar motosikal jenis Yamaha RXZ (dianggap model rasmi), Modenas Kriss dan Lagenda, Honda EX5, Yamaha Nuovo dan Suzuki 100.
11.Kategori kerja termasuk penganggur, pekerja kilang, mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT).
12.Identiti tersendiri seperti plat motosikal bertampal pelekat hitam, kumpulan boleh cecah 200 orang, nombor pendaftaran tidak lengkap dan nombor terbalik untuk elak ditangkap ketika operasi pencegahan, gelaran ‘sifu, abang pendek’ serta sikap setia kawan yang sangat tinggi.
13.Berpengalaman ditangkap oleh polis sama ada sekali atau beberapa kali.
14.Menganggotai Geng Mat Rempit seperti Apache (Kuala Lumpur), Budak Shell (Kuala Lumpur), Man Botak (Pantai Timur), Man Kerinting (Pantai Timur) dan Skuter Boys (Sungai Besi, KualaLumpur).


Sejak akhir-akhir ini kegiatan pelumba haram motosikal ataupun dikenali sebagai ‘Mat Rempit’ mendapat perhatian daripada masyarakat. Malah terdapat sebuah filem yang menceritakan kisah Mat Rempit ini dan mendapat sambutan. Filem ‘Remp-It’ ini menambah lagi keprihatinan khalayak untuk mengetahui kewujudan golongan remaja dan belia yang rata-ratanya anak muda dan cukup sempurna fizikalnya.Istilah Mat Rempit telah dipopularkan oleh media. Perkataan ‘Rem’ adalah perlakuan memulas pedal tangan pada motosikal bagi memerah minyak sebagai aksi memecut. Semakin kuat pulasan, semakin lajulah motosikal berkenaan. Si Rempit akan bersorak jika dapat memecut dan memintas rakan-rakan yang lain. Manakala ‘Pit’ adalah dari perkataan ‘pit stop’ yang ada di litar lumba. Gabungan perkataan ini membentuk ‘Rempit’ yang menggambarkan pelumba motosikal melakukan pelbagai aksi kreatif, menarik dan membahayakan. Antara aksi-aksi tersebut ialah ‘wheelie’ (menunggang laju sambil mengangkat tayar hadapan), ‘wikang’ (menunggang sambil mengangkat tayar belakang), ‘scorpion’ (menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas), ‘superman’ (menunggang laju sambil berbaring mendepakan tangan), ‘pereng/corner’ (bahagian meletak kaki bergesel di atas jalan raya semasa membelok di selekoh). Mat merujuk kepada pelaku atau penunggang motosikal ini. Perkataan baru yang boleh dipopularkan ialah ‘merempit’ yang bermaksud melakukan aksi lumba motosikal dan boleh mendatangkan mudarat kepada penunggang dan pengguna jalan raya yang lain.Kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia mendedahkan 87 peratus Mat Rempit adalah golongan yang berusia 14 hingga 25 tahun. Bosan adalah faktor utama mereka merempit (48.1 peratus) diikuti mengisi masa lapang (38 peratus) dan pengaruh kawan (27.8 peratus).Jumlah tangkapan pelumba haram yang dilaporkan semakin bertambah setiap tahun. Dari tahun 2001 hingga 2004, jumlah tangkapan yang dilakukan oleh PDRM adalah sebanyak 5,332 kes di seluruh Malaysia. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,041 kes (Jadual 5). Dari tahun 2006 hingga Mac 2009, pihak polis telah melakukan 7,989 operasi sekatan jalan raya ke atas Mat Rempit dan menahan 2,609 penunggang motosikal dan 2,431 telah didakwa. Dalam satu operasi pencegahan yang dijalankan didapati kebanyakan yang ditahan dalam lingkungan umur 16 hingga 28 tahun.Mat Rempit menjadi beban sosial kepada masyarakat dan negara. Beban kepada diri mereka sendiri adalah perilaku jenayah apabila dikaitkan dengan kematian dan mendatangkan kecederaan. Sehingga kini beberapa kes kematian melibatkan pelumba haram motosikal termasuk kes bergaduh dan berakhir dengan kematian Mat Rempit Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang pula, sekumpulan Mat Rempit membaling batu ke arah Balai Polis Kubang Semang kerana tidak puas hati dengan tindakan polis menahan dua orang rakan mereka yang sedang merempit.Mat Rempit diberikan imej negatif kerana tindakan mereka dan kegiatan jenayah yang lain seperti ragut, minum arak, berzina, tingkah laku ganas dan menghisap dadah. Awal-awal lagi kriteria Mat Rempit adalah gambaran yang negatif dan buruk. Ini memberi mesej bahawa Mat Rempit memberi dan membawa masalah. Rata-rata mereka yang merempit berumur 16 hingga 25 tahun kerana peringkat umur ini kebanyakannya masih bujang. Majoriti adalah lelaki dan pelbagai latar belakang keluarga. Kegiatan merempit akan berkurangan setelah mereka yang terlibat berkahwin dan beranak-pinak.Kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ke atas aktiviti lumba haram dalam kalangan 173 orang belia yang terlibat mendapati 53.7 peratus daripada mereka tinggal bersama ibu bapa sendiri, 28 peratus pula tinggal bersama rakan atau saudara mara dan 10.4 peratus tinggal bersama salah seorang ibu atau bapa mereka. Selain itu, sebanyak 6.9 peratus tinggal bersama keluarga sendiri (yang telah berkahwin) dan selebihnya 0.6 peratus tinggal bersama ibu atau bapa tiri (Jadual 6). Dapatan ini bertepatan dengan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia iaitu ‘Family Transformations in the Context of Changing Trends in Women’s Work and Lifestyle in Malaysia’ yang mendapati isu dan masalah dalam rumah tangga lebih kerap berlaku terhadap pasangan atau keluarga yang tinggal di kawasan bandar berbanding luar bandar. Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah suami tidak memberi keperluan ekonomi, keganasan rumah tangga dan anak-anak terlibat dengan kegiatan yang tidak diingini.Kehadiran Mat Rempit adalah simptom kecil daripada penyakit utama yang lebih besar. Keadaan jiwa mereka yang sentiasa bergelora dan ingin memenuhi pelbagai impian. Banyak perkara yang mahu dicapai dan dimiliki. Ketika peringkat inilah, mereka terdedah kepada bermacam-macam tarikan seperti hiburan dan fesyen serta sukan yang ada baik dan buruknya. Pendedahan dan tarikan yang kuat serta berterusan mempengaruhi hati, pemikiran dan sikap remaja terhadap hidup. Aspirasi terhadap hidup juga rendah umpamanya tidak ada perancangan masa depan, berserah kepada nasib dan kurang berusaha untuk membaiki diri.

http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-4.html

Tuesday, August 11, 2009

Isu-isu Kebajikan

menanti ketibaan anak-anak


menghabiskan masa-masa terluang dengan kawan seusia


kerinduan .........

Isu-isu Kebajikan

Program sukanneka bersama bekas-bekas penagih difelcra belimbing tualak,kuala nerang dengan kerjasama aadk padang terap

program ceramah bersama bekas-bekas penagih


program bersama bekas-bekas penagih

Isu-isu Kebajikan


pasangan cacat anggota badan melangsungkan perkahwinan mereka,walaupun cacat anggota badan tidak menghalang mereka melangsungkan perkahwinan

;;