Wednesday, October 14, 2009
Kebajikan sosial sentiasa dikaitkan dengan pertolongan utama yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat amnya dan individu khususnya bagi meneruskan kehidupan dengan baik ekoran perubahan perekitaran ekonomi dan sosial serta memastikan kestabilan dan pembangunan institusi.
Kebajikan sosial merupakan komponen dasar sosial yang paling penting. Kebajikan sosial juga merupakan konsep paling asas dalam Dasar Sosial. Spicker (1995) misalnya mengatakan dasar sosial adalah berkaitan dengan kebajikan sosial dan perkhidmatan sosial. Sebagai sebuah institusi sosial yang proaktif, kebajikan sosial seharusnya sentiasa memantau keadaan-keadaan sosial yang berisiko untuk menjadi masalah sosial. Ini boleh dilakukan dengan cara mengunjur, mencelah dan meencegah indikator-indikator sosial berisiko yang boleh meletakkan masyarakat dalam keadaan yang merbahaya. Prosedur analisis masalah sosial yaang berterusan dapat membantu masyarakat mengambil langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan pencelahan keadaan kepada masalah sosial. Prosedur ini juga mampu menghapuskan persepsi negatif masyarakat terhadap fungsi atau hanya setelah sesuatu masalah sosial melanda; bukannya melindungi masyarakat sebelum sesuatu masalah sosial melanda.
Pada hari ini Institusi kebajikan sosial mempunyai fungsi dan peranan yang amat besar dalam memajukan kehidupan masyarakat. Kerajaan di kebanyakan negara menyediakan pelbagai peluang sosial bagi mengupaya dan komuniti setempat. Idea memajukan atau meningkatkan taraf kesejahteraan hidup masyarakat menerusi usaha-usaha pembangunan komuniti yang bersifat kolektif ini bukanlah idea baru. Terdapat banyak institusi yang menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan contohnya seperti Institusi Pemulihan Akhlak dan Penjara iaitu untuk kategori masalah tingkah laku jenayah, Sekolah Akhlak untuk Delinkuensi, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Kemiskinan dan sebagainya. Berbanding dahulu tidak banyak institusi menyediakan bantuan.
Aspek dalam kebajikan sosial haruslah memfokuskan kepada individu-individu yang berkenaan contohnya seperti individu Kanak-kanak antara golongan individu yang harus dititik beratkan. Pada hari ini Kanak-kanak perlu dilindungi daripada semua bahaya termasuklah jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan dan eksploitasi. Di samping itu, penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi serta pemimpin pada masa hadapan.